Belanjawan 2027: Kerajaan tubuh Majlis Penasihat Pondok, Turath Malaysia

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 6:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Belanjawan 2027: Kerajaan tubuh Majlis Penasihat Pondok, Turath Malaysia

SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan akan menubuhkan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia dengan penglibatan tokoh ulama antarabangsa termasuk Syeikh Ali Gomaa dan Syeikh Idris al-Fasi bagi memelihara keilmuan turath.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sijil Turath Malaysia turut diperkenalkan bagi menjamin kemampanan institusi pondok.

“Selain itu, peruntukan hal ehwal Islam akan ditingkatkan tahun hadapan kepada RM3.1 bilion berbanding RM2.6 bilion sebelum ini bagi memperkukuh pembangunan Islam di negara ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, bagi memperkasa program Turath, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) juga akan bekerjasama.

“Kerjasama ini bagi menyediakan peranti serta latihan kemahiran digital kepada guru dan pelajar di lebih 300 sekolah pondok di seluruh negara,” katanya.

Sebelum ini, Festival Turath Islami berlangsung dari 13 hingga 20 September lalu dengan 42 acara selepas lokasi penganjurannya dipindahkan dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ke Masjid Putra, Putrajaya.

Festival itu kini memasuki edisi keempat selepas tiga edisi terdahulu berlangsung di Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved