Belanjawan 2027: Kerajaan yakin belanja RM510 bilion tanpa cukai baharu – Amir Hamzah

LocalBusiness & Finance
13 Oct 2026 • 9:23 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Belanjawan 2027: Kerajaan yakin belanja RM510 bilion tanpa cukai baharu – Amir Hamzah Image from: Belanjawan 2027: Kerajaan yakin belanja RM510 bilion tanpa cukai baharu – Amir Hamzah sarah13/10/2026 - 09:23 Oleh BERNAMA editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Okt -  Kerajaan yakin mampu membelanjakan peruntukan RM510 bilion di bawah Belanjawan 2027 tanpa memperkenalkan cukai baharu, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

 

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menekankan aspek tadbir urus bagi mengurangkan ketirisan dan pembaziran dalam sistem sedia ada, sekali gus meningkatkan kecekapan perbelanjaan negara.

 

“Pendekatan kerajaan adalah untuk memastikan setiap perbelanjaan dibuat dengan berhemah bagi meningkatkan ekonomi negara dan memberi manfaat kepada rakyat.

 

“Apabila kita mempunyai fokus dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik, kerajaan dan negara akan menjadi lebih berjaya pada masa hadapan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Naratif terbitan RTM 1 bertajuk 'Belanjawan 2027: Mendakap Impian, Berpaksikan Nilai' yang disiarkan pada Isnin.

 

Amir Hamzah berkata, data ekonomi negara yang terus menunjukkan pengukuhan mencerminkan keyakinan pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia, sekali gus berpotensi menjana pendapatan negara.

 

“Namun, perkara paling penting ialah memastikan apabila hasil diperoleh, kita membelanjakannya secara berhemah, menutup ruang yang boleh menyebabkan ketirisan dan meningkatkan pulangan daripada perbelanjaan kerajaan dengan lebih cekap.

 

“Usaha ini akan disokong melalui pengenalan beberapa undang-undang baharu,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved