Belanjawan 2027: Semak nombor scammer guna aplikasi AI

LocalTechnology
9 Oct 2026 • 4:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Semak nombor scammer guna aplikasi AI
Aplikasi itu akan dibangunkan oleh Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) bagi membantu mengesan penipu atau scammer dan penjenayah siber lebih awal. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Rakyat bakal dapat menyemak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aplikasi itu akan dibangunkan oleh Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) bagi membantu mengesan penipu atau scammer dan penjenayah siber lebih awal.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat lebih 5.7 bilion panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur penipuan.

“Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan membangunkan aplikasi AI yang membolehkan rakyat menyemak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan sebelum membuat transaksi,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved