Belanjawan 2027: Usop, Deena, Zira dipuji Anwar, contoh ihsan tanpa sempadan bangsa

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 5:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Usop, Deena, Zira dipuji Anwar, contoh ihsan tanpa sempadan bangsa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan konsep Malaysia Madani berteraskan nilai ihsan yang tidak mengenal sempadan bangsa.

Beliau berkata, nilai berkenaan sebenarnya telah lama mengakar dalam masyarakat dan dapat dilihat menerusi pelbagai kisah rakyat yang saling membantu tanpa mengira latar belakang.

“Acap kali saya ditanya, apakah itu Madani? Seolah-olah seperti sesuatu yang baru. Sedangkan teras Madani itu ihsan, yang telah mengakar dalam masyarakat kita.

“Semua tahu dan meraikan kisah saudara Usop, yang terkenal dengan Minyak Hitam Jalanan kerana kisah tular beliau bersama saudara Dicky yang saling berbalas budi,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar turut menampilkan kisah jururawat Deena Nadzhiefa yang menyuap makanan kepada seorang pesakit berbangsa India serta Saudari Zira yang menyediakan makanan percuma kepada murid-murid kelaparan sebagai contoh nilai ihsan dalam masyarakat.

“Kita juga meraikan jururawat Deena Nadzhiefa yang menyuap makanan kepada pesakit berbangsa India. Saudari Zira, yang memberi makanan percuma kepada murid-murid yang kelaparan.

“Inilah Madani yang dimaksudkan, apabila ihsan tidak mengenal sempadan bangsa,” katanya.

Menurut Anwar, nilai-nilai murni seperti itu perlu terus dipupuk dan diterapkan dalam diri generasi muda.

Katanya, pembentukan masyarakat yang berteraskan ihsan perlu bermula sejak usia muda supaya nilai saling menghormati dan membantu terus menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: Usop, Deena, Zira dipuji Anwar, contoh ihsan tanpa sempadan bangsa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved