
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) belanjawan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan khususnya gaji penjawat awam pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, kata Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli.
Lapor Bernama, Rafizi turut memaklumkan kerajaan dijangka membentangkan belanjawan yang menyeluruh dalam tempoh sebulan atau dua bulan dari sekarang.
Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata belanjawan mini akan dibentangkan oleh kerajaan bagi meluluskan emolumen kerana ia penting untuk memastikan tiada kebimbangan berlaku dalam penjawat awam berhubung gaji.
Sidang Dewan Rakyat dijangka akan diadakan pada 19 Disember ini dan turut disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Berita penuh menyusul.
Kerajaan akan membentangkan belanjawan emolumen pada persidangan Dewan Rakyat akan datang; belanjawan penuh akan dibentangkan dalam tempoh satu atau dua bulan dari sekarang – Menteri di JPM (Ekonomi) @rafiziramli pic.twitter.com/aF8JFmuVPX
— BERNAMA TV
(@BernamaTV) December 5, 2022
Sumber: BERNAMA
The post Belanjawan Emolumen Dibentang Pada Sidang Dewan Rakyat Akan Datang appeared first on Siakap Keli.



