Belanjawan Selangor 2026: Intipati, Insentif & Bantuan Rakyat Selangor

LocalPolitics
14 Nov 2025 • 10:29 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Belanjawan Selangor 2026 yang bertemakan “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera” bakal dibentangkan dengan tumpuan kepada pengukuhan kesejahteraan rakyat, pembangunan digital, ekonomi hijau serta agenda inklusif yang meneliti cabaran semasa dan keperluan masa depan negeri.

Belanjawan Johor 2026 telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor secara langsung menerusi live streaming di Facebook pada 14 November 2025.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua, khususnya warga Selangor.

Belanjawan Selangor 2026

Belanjawan Selangor 2026 dibentangkan dengan nilai keseluruhan RM3.23 bilion, digerakkan melalui tema “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera”.

Belanjawan ini menumpukan usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui peningkatan taraf hidup, pendidikan yang berkualiti serta perlindungan sosial yang lebih menyeluruh bagi memastikan rakyat Selangor terus menikmati kemajuan yang inklusif dan mampan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, memaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan belanjawan, sebanyak RM1.86 bilion (57.6%) diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM1.37 bilion (42.4%) disalurkan untuk perbelanjaan pembangunan.

Pembahagian ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan operasi pentadbiran berjalan cekap sambil memberi keutamaan kepada pembangunan jangka panjang yang memberi impak terus kepada rakyat.

Bagi memastikan Belanjawan Selangor 2026 mencapai hasil maksimum, kerajaan turut menggariskan enam tekad utama sebagai landasan strategik, iaitu:

  1. Pengukuhan hasil negeri dan peluang ekonomi rakyat – meningkatkan sumber negeri sambil memperluas peluang pendapatan dan keusahawanan.
  2. Reformasi tadbir urus – memperkukuh pentadbiran yang telus, cekap dan berintegriti.
  3. Kecemerlangan pendidikan – memastikan akses pendidikan berkualiti dari peringkat awal hingga universiti.
  4. Pembangunan seni budaya serta generasi muda – memperkasa kreativiti, bakat dan potensi belia sebagai pemacu masa depan.
  5. Selangor sebagai negeri penyayang – memperluas jaringan perlindungan sosial, bantuan kebajikan dan inisiatif rakyat.
  6. Memperkukuh kelestarian alam serta infrastruktur – mempertingkat mitigasi banjir, infrastruktur hijau dan pembangunan yang mampan.
image is not available
Kredit: Pusat Informasi Negeri Selangor

image is not available
Kredit: Jabatan Penerangan Negeri Selangor 

Tarikh dan Masa Pembentangan

Ikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2026 dengan tema “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera’.

  • Tarikh: 14 November 2025 (Jumaat)
  • Masa: 3.00 petang
@amirudinshari

Insya-Allah, esok saya akan membentangkan Belanjawan Selangor 2026 yang mengangkat tema “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera”. Pembentangan akan disiar secara langsung di media sosial rasmi saya dan juga Media Selangor. Jangan lupa, 3 petang esok ya. Ada banyak berita gembira dan berita baik untuk rakyat Negeri Selangor. #KitaSelangor #Selangor2026

♬ original sound – Amirudin Shari – Amirudin Shari
Kredit: TikTok @amirudinshari

Insentif dan Bantuan Untuk Rakyat Selangor 2026

  • Penjawat awam Selangor terima Bantuan Khas Kewangan 3 bulan gaji tahun ini.
    1.5 bulan akan dibayar Disember ini
  • Insentif Muassasah Haji dinaikkan kepada RM1,500 seorang tahun depan
  • RM100 juta dalam Bajet Khas Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026
  • Subsidi Yuran Pendidikan dengan 50 peratus yuran pengajian bagi 400 anak Selangor yang melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Selangor (Unisel) bagi sesi kemasukan September 2026 ditanggung kerajaan negeri
  • RM5 juta akan diperuntukkan menerusi Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor
  • Menaikkan peruntukan kepada RM15 juta bagi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)
  • Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) akan ditambah baik dengan memberi tumpuan kepada pelajar yang mendaftar di Unisel dan UIS 
  • RM30 juta tingkat prasarana sekolah, RM2.7 juta perkasa pendidikan kaum India
  • RM1 juta naik taraf Litar Lumba Kuala Selangor
  • Bantu baik pulih rumah, negeri sedia dana RM3 juta
  • Projek Turapan Mega dengan ana RM55 juta pastikan jalan negeri selamat dan selesa
  • Bantuan beli alatan penjaja
  • Had pendapatan penerima skim air percuma dinaikkan ke RM6,000
  • Dua mata pelajaran baharu fizik dan kimia akan diperkenalkan dalam modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
  • Dana naik taraf prasarana, jalan raya meningkat kepada RM130 juta
  • Khairat kematian RM1,000 diteruskan dengan peruntukan RM20 juta
  • Dana RM4 juta perkukuh tindakan kawalan denggi
  • Program Baucar Buku KITASelangor RM200
  • RM4.85 juta untuk memajukan agro food park negeri
  • Mengecualikan cukai hiburan ke atas program kesenian keagamaan bagi tempoh setahun bermula 1 Januari 2026
  • Subsidi yuran Kelas al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) sebanyak RM30 sebulan kepada murid B40
  • Program basmi buli bersama PIBG
  • Veteran polis, tentera tidak berpencen terima baucar beli-belah RM200
  • Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) di beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) mulai 2026
  • Bina lebih 3,000 rumah baharu berhampiran Sungai Klang bermula tahun depan
  • Serendah, Lembah Beringin jadi nadi Automotive Valley Selangor
  • Selangor pendekkan proses permit, lesen penjaja mulai Jun 2026
  • Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)

Video Pembentangan Belanjawan Selangor 2026

Anda boleh saksikan siaran langsung Pembentangan Belanjawan Selangor 2026 di pautan ini:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lengkap tentang Belanjawan Selangor 2026, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di pautan berikut:

Baca juga: