‘Beli beras ikut keperluan, misalnya 2 kampit sebulan’ – Menteri nasihatkan rakyat jangan buat pembelian panik agar bekalan beras cukup untuk semua

LocalPolitics
30 Sep 2023 • 11:06 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta rakyat tidak membuat pembelian beras secara panik kerana langkah itu boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk mengawal bekalan beras di pasaran.

Sebaliknya, rakyat dinasihatkan untuk membuat pembelian mengikut keperluan. Misalnya, dua kampit sebulan. Ini bagi memastikan rakyat mendapat bekalan beras yang mencukupi.

“Jangan ada pembelian panik kerana beras itu ada. Jika perlu dua kampit sebulan, belilah dua kampit. Bulan depan beli lagi. Dengan ini dapatlah kita kawal di pasaran.

“Kalau beli sampai empat ke lima kampit beras, simpan sampai ke tiga bulan depan pun beras akan rosak, dimakan bubuk dan sebagainya,” katanya.

image is not available
Menteri Mohamad Sabu melawat dan memantau pelaksanaan projek pertanian di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak semalam. – Sumber: Facebook Mohamad Sabu

image is not available

image is not available

Tambah beliau, kerajaan tidak akan berdiam diri dalam menangani masalah ini dan telah merangka beberapa usaha jangka panjang, termasuk meningkatkan pengeluaran hasil pada negara.

Selain itu, program Sawah Bersekala Besar (SBB) akan diperbanyakkan. Jalinan kerjasama bersama syarikat swasta untuk projek tanaman padi di Sabah dan Sarawak juga akan dilakukan.

Sumber: Sinar Harian