Beli Cincin Harga RM26K Untuk Bonda, Datuk Aliff Syukri Jawab Soalan Netizen – “Tanda Harga Memang Kena Tunjuk Ek?”

23 Dec 2022 • 3:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini ada memuat naik sebuah video memaparkan dia membuat kejutan buat ibunya sempena hari kelahiran wanita itu.

Dalam hantaran itu, Aliff menjelaskan bahawa bukan mudah untuk dia berjumpa dengan ibunya itu meskipun sebagai seorang anak dan usahawan itu sempat menitipkan ucapan istimewa kepada Bonda Rozita.

Buat mak tercinta, terima kasih mak. Pengorbanan mak pada kami anak-anak tak ada galang gantinya, Kri sayang mak sampai ke syurga.

Dalam pada itu, Aliff dilihat menghadiahkan Bonda Rozita dengan sebentuk cincin bernilai puluhan ribu ringgit.

Namun, mata netizen lebih tertumpu kepada tanda harga yang didakwa sesetengah pihak sengaja tidak dibuang.

Soal netizen, kenapa tanda harga cincin itu tidak dibuang terlebih dahulu sebelum mengambil video dan dimuat naik ke media sosial.

Tidak mendiamkan diri, Aliff Syukri dilihat memberi respon terhadap pertanyaan netizen itu.

“Bukan apa, senang nanti kalau orang tanya berapa harga, beli kat mana senang kan kau dah ada tak ada harga hahahaha.” jawab usahawan itu di bahagian komen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Awak Cantik Tapi Sayang..." - Ira Kazar Buat TikTok Dengan Bapa, Ruang Komen Dipenuhi Caci Maki Netizen