Beli Huawei P60 Pro 512GB pada harga 256GB dan diskaun tambahan RM500, jimat banyak ni

Digital
3 Nov 2023 • 12:49 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Biasanya kalau kita beli telefon pintar dengan storan besar, harganya pasti lebih mahal. Tapi sekarang, Huawei Malaysia menawarkan promosi khas untuk telefon berkelas flagship Huawei P60 Pro 512GB dan 256GB pada harga yang sama.

Promosi tempoh terhad yang bermula 3 November 2023 hingga 31 Disember 2023 ini, membolehkan anda membeli Huawei P60 Pro 256GB atau 512GB pada harga, RM4,199. Sebelum ini harga asal untuk varian 256GB adalah RM4,699, manakala varian 512GB pula dijual pada harga RM5,499.

image is not available

Anda juga boleh mendapat diskaun tambahan sehingga RM500, sekiranya anda membawa telefon lama (tidak kira jenama) untuk ditukarkan (trade-in) dengan Huawei P60 Pro di HUAWEI Experience Store.

Spesifikasi Huawei P60 Pro

Telefon pintar keluaran Huawei ini dilancarkan pada Mei 2023 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna Rococo Pearl dan hitam matte. Ia memiliki panel paparan sebesar 6.67" beresolusi 2700 x 1200 (FHD+).

Telefon ini dijana cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 4G, bateri berkapasiti 4,815mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperCharged 88W melalui USB-C, serta pengecasan wayarles 50W. Telefon ini juga kalis air dan debu IP68 dan memiliki speaker stereo.

image is not available

Kelebihan telefon ini adalah pada kameranya. Ia dilengkapi kamera dengan keupayaan pencahayaan rendah berprestasi tinggi, menerusi teknologi XMAGE. Kamera belakangnya menggabungkan tiga kamera, diterajui oleh kamera utama 48MP yang dilengkapi lensa berbilang apertur, menawarkan 10 tahap antara F1.4 hingga F4.0. 

Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 48MP, dengan upaya zum optikal 3.5x dan dikatakan sebagai kamera telefoto paling cerah di telefon pintar. Kamera ketiga adalah kamera ultralebar 13MP.

Berminat untuk memiliki Huawei P60 Pro ini? Anda boleh mendapatkannya pada harga RM4,199 di HUAWEI Experience Stores dan laman web rasmi Huawei.

Bacaan berkaitan: