Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

DigitalSales & Promo
17 Sep 2026 • 8:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

[Artikel ini dibawakan oleh Yes]

Setiap kali barisan iPhone baharu dilancarkan, dua soalan utama yang sering bermain di fikiran pembeli ialah: berapa harganya dan bagaimana cara terbaik untuk membelinya?

Bagi menjawab persoalan ini, Yes sekali lagi menawarkan laluan pemilikan iPhone yang lebih fleksibel dan menjimatkan di Malaysia. Sama ada anda gemar mendaftar pelan telco berkontrak, membeli peranti secara tunai (outright), mahupun menggunakan kemudahan perbankan digital, Yes menyediakan tiga pilihan khusus mengikut gaya perbelanjaan anda.

1. Pelan Infinite+:  Dapatkan iPhone dengan kontrak, tanpa bayaran pendahuluan

Bagi pengguna yang memang merancang untuk mendapatkan iPhone 18 Pro bersama pelan telco, pelan Infinite+ Yes menawarkan pilihan pembayaran yang lebih ringan untuk poket.

Menerusi pelan ini, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran pendahuluan dan boleh menikmati kemudahan ansuran dengan kadar faedah 0% sehingga 36 bulan. Pelan ini turut disertakan dengan akses data dan kelajuan 5g advanced tanpa batasan.

Menerusi pelan Basic 58, anda boleh memiliki iPhone 18 Pro (256GB) pada harga ansuran bermula serendah RM204 sebulan bagi tempoh 36 bulan merangkumi RM146 sebulan untuk peranti dan RM58 sebulan untuk pelan pascabayar. Ini bermakna jumlah bayaran untuk peranti hanyalah RM5,256, berbanding harga asal peranti RM5,499.

Istimewa untuk tempoh tempahan awal, anda juga akan menerima rebat bil bernilai RM360 (memberikan diskaun RM10 selama 36 bulan) berserta pengecas (power adapter) 40W USB-C percuma bernilai RM169.

2. Infinite Cashback: Bayar penuh tanpa terikat kontrak

Jika anda lebih suka membeli secara terus tanpa terikat dengan sebarang kontrak telco, Infinite Cashback menawarkan nilai tambahan yang menarik.

Anda hanya perlu membayar harga penuh iPhone terlebih dahulu, tanpa terikat kontrak telco, dan boleh menamatkan pelan pada bila-bila masa tanpa penalti. Menariknya, selagi anda kekal sebagai pelanggan Yes, anda akan menerima pulangan tunai setiap bulan sehingga 35 bulan.

Selain itu, jika anda mahu membahagikan kos pembelian outright ini kepada bayaran bulanan, Yes turut menawarkan pilihan pembayaran fleksibel menerusi Ryt Bank:

  • Tiada Kad Kredit? Anda boleh memohon Ryt Credit menerusi aplikasi Ryt Bank untuk membahagikan kos bayaran peranti kepada ansuran sehingga 24 bulan.
  • Ada Kad Kredit? Anda boleh memilih pelan ansuran 0% menerusi 12 pilihan rakan perbankan yang sedia ada.

Contoh Perbandingan Kos

Jika anda membeli iPhone 18 Pro (256GB) pada harga penuh dari mana-mana pengedar, dan melanggan pelan pascabayar RM98 sebulan dari telco lain, jumlah perbelanjaan selama 36 bulan ialah:

Beli peranti + langgan pelan telco lain:

RM5,499 + (RM98 × 36) = RM9,027

Dengan Infinite Cashback Basic:

RM5,499 + (RM58 × 36) = RM7,587

Selepas mengambil kira cashback RM595 serta rebat bil RM360 sempena tempahan awal, jumlah kos pemilikan menjadi hanya RM6,632 untuk tempoh 36 bulan.

Berdasarkan simulasi ini, anda boleh jimat sehingga RM2,395 tanpa perlu terikat dengan sebarang kontrak. Malah, rebat bil RM360 tersebut secara tidak langsung menampung bayaran pelan bulanan anda untuk 6 bulan pertama!

3. Eksklusif Ryt Bank (Beli terus dari aplikasi perbankan)

Satu lagi pilihan adalah melalui Ryt Bank.

Bagi pengguna aplikasi Ryt Bank, ini ialah laluan paling mudah. Anda boleh membeli iPhone baharu secara terus menerusi aplikasi Ryt Bank tanpa sebarang kontrak telco, sambil menikmati pulangan tunai sehingga 4%. 

Bagi yang belum mempunyai akaun, anda boleh mendaftar dan memohon Ryt Credit di dalam aplikasi untuk membuat pembelian terus secara ansuran sehingga 24 bulan.

Anda boleh layari laman web rasmi Yes X Ryt Bank untuk ketahui lebih lanjut.

Tempahan awal dapat rebat RM360 dan pengecas percuma

Selain kemudahan pelan di atas, Yes turut membawakan dua tawaran hebat sempena pelancaran:

  • Sepanjang tempoh tempahan awal, pelanggan akan menerima rebat bil tambahan RM360, serta pengecas USB-C 40W percuma bernilai RM169.
  • Bermula hari pelancaran, pelanggan yang menukar beli peranti sedia ada di Yes Store pula berpeluang menerima nilai tambahan sehingga RM500 di atas nilai pasaran peranti tersebut, untuk tempoh terhad.

Jadi, pilihan mana yang sesuai?

Secara ringkas, pilihan yang ditawarkan Yes boleh disesuaikan mengikut cara anda mahu membeli iPhone:

  • Nak ambil telefon bersama pelan telco? Infinite+ menawarkan bayaran pendahuluan RM0 dan ansuran 0% sehingga 36 bulan.
  • Nak beli telefon terus tetapi masih mahu cashback? Infinite Cashback membolehkan anda membeli iPhone secara terus tanpa kontrak.
  • Pengguna Ryt Bank atau tak mahu kontrak telco? Ryt Bank Exclusive membolehkan pembelian terus melalui aplikasi bank dengan cashback sehingga 4%.

Dengan adanya pilihan Infinite+, Infinite Cashback dan Ryt Bank Exclusive, pelanggan kini mempunyai lebih banyak cara untuk mendapatkan iPhone mengikut bajet dan cara pembayaran masing-masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran harga iPhone, senarai pulangan tunai, atau membuat perbandingan penuh antara telco, layari laman rasmi di Yes iPhone atau carta perbandingan iPhone Yes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved