Beli Mini Electric dan cas di rangkaian ChargEV dan JomCharge percuma selama setahun

Cars
21 Jun 2023 • 7:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Buat anda yang sedang usyar sebuah EV, apa kata anda pertimbangkan sebuah Mini Electric kerana ada satu promo menarik sedang berjalan sekarang. Pengedarnya menawarkan kemudahan pengecasan percuma di fasiliti JomCharge dan chargEV percuma selama setahun. Bolehlah anda berjimat selepas berbelanja untuk dapatkan Mini Electric.

image is not available

Promo ini berjalan sepanjang Jun 2023. Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, harga penawaran Mini Electric adalah seperti berikut:

  • Mini Electric Standard – RM193,834
  • Mini Electric Resolution Edition – RM205,834

Untuk makluman anda, Mini Electric ditawarkan dalam dua variasi iaitu standard ataupun Resolution Edition. Daripada segi prestasi, tiada bezanya antara mereka berdua tapi mereka berbeza daripada segi kemasan dan estetik. Variasa Resolution tampil dengan kemasan krom yang lebih banyak, rim aloi 17" yang lebih cantik dan juga kerusi berkemasan kulit Nappa untuk berikan pengalaman lebih premium.

image is not available

Daripada segi prestasi, Mini Electric adalah sebuah EV pacuan roda depan dengan satu motor berkuasa 194hp dan paras tork setinggi 270Nm. Memiliki kelajuan maksimum 150km/j, Mini Electric mampu memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 7.3 saat sahaja.

image is not available

Jarak kembara yang dimilikinya ada 234km dengan bateri yang agak kecil untuk piawaian EV masa ini iaitu 28.9kWh. Apabila perlu dicas, ia mampu menerima DC pada paras 50kW ataupun AC pada paras 11kW.

Anda boleh kunjungi pengedar Mini tedekat ataupun pergi ke laman rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

View Original Article