Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

LocalCars
2 Oct 2026 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Image-2.png

Continental Tyres Malaysia merintis era baharu peruncitan dengan melancarkan ekosistem In-Store Marketplace yang menyediakan pengalaman lebih mudah, telus dan lancar di pusat jualan Continental selain mengatasi isu yang sering dihadapi pengguna ketika membeli tayar.

Pengalaman Peruncitan Baharu Berteraskan Digital

Isu seperti harga tidak jelas, ketidakpastian mengenai ketersediaan stok dan maklumat produk yang terhad boleh menjadikan proses pemilihan tayar lebih rumit daripada yang sepatutnya.

In-StoreMarketplace menghimpunkan semua keperluan ini dalam satu platform, membolehkan pelanggan menerokatayar Continental dan General Tire yang sesuai, menyemak harga serta stok yang tersedia,

3 Cara Mudah Menggunakan In-Store Marketplaceimage.png

Platform ini direka untuk memberi kemudahan maksimum kepada pelanggan dalam tiga situasi berbeza:

Ketika di Cawangan Sibuk: Imbas kod QR di kaunter untuk menyemak stok dan harga tayar sementara menunggu giliran.

Menerusi Media Sosial: Klik pautan marketplace yang dikongsi oleh pengedar di media sosial untuk terus membuat tempahan dan jadual pemasangan.

Sebelum Kunjung Cawangan: Semak sebut harga rasmi, membeli tayar serta mengatur pemasangan lebih awal, sekali gus mengurangkan ketidakpastian sebelum berkunjung.

Tawaran Pelancaran: Ganjaran TNG eWallet Sehingga RM200

Bermula sekarang hingga 31 Oktober 2026, pembelian dua (2) atau empat (4) unit tayar Continental atau General Tire menerusi platform ini layak menerima kredit TNG eWallet mengikut saiz rim:

Saiz RimBeli 2 UnitBeli 4 Unit15” – 16”RM30RM6017” – 18”RM60RM12019” dan ke atasRM100RM200

Selain itu, pembeli layak menikmati diskaun tambahan sehingga 10% (dihadkan pada RM100 dengan perbelanjaan minimum RM200) apabila membuat pembayaran menggunakan SPayLater.

Perlindungan Waranti Sepanjang Hayat & Conti TCP

Setiap pembelian tayar yang layak dilindungi di bawah Waranti Pengilang Sepanjang Hayat bagi sebarang kecacatan pengeluaran.

Pelanggan juga disarankan mendaftarkan pembelian menerusi aplikasi Conti TCP untuk menikmati TCP Road Hazard Warranty selama 12 bulan dari tarikh pendaftaran sebagai perlindungan kerosakan jalan raya tambahan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved