
Tiket tersebut ditolak pelanggan kerana nombor salah dicetak
Beli Tiket ‘Reject’ Dari Pelanggan, Penjual Tiket Loteri Menang RM193K. Pepatah one man’s trash is another man’s treasure menjadi kenyataan apabila seorang lelaki dari China memenangi RM193k dalam loteri selepas membeli tiket yang ditolak oleh pelanggan.
Difahamkan, tiket yang menang itu pada mulanya dibeli oleh seorang pelanggan tetapi ditolak apabila lelaki itu tersilap mencetak nombor pada tiket tersebut.

Tidak mahu membazirkan tiket
Menurut laporan, pemenang loteri tersebut, Zhu, menyatakan semuanya berlaku apabila salah seorang pelanggan regular dia datang ke kedai tiket loteri yang dikendalinya untuk membeli tiket loteri.
Difahamkan, daripada menulis nombor yang diingini, wanita itu menyampaikannya secara lisan kepada Zhu di kaunter. Kebiasaannya, Zhu meminta pelanggan untuk menulis nombor mereka untuk mengelakkan kesilapan tetapi pada hari tersebut, pelanggan berkenaan membacakan nombor itu kepadanya.

Malangnya, Zhu tersalah dengar nombor dan memasukkan angka yang salah, menyebabkan pelanggan tersebut menolak tiket itu setelah dicetak. Walaupun Zhu cuba memujuk pelanggan itu untuk menerima tiket terbabit, pelanggan itu menegaskan untuk membeli nombor yang dimahunya.
Zhu pada mulanya kecewa kerana kesilapannya telah menyebabkan kerugian sekitar RM11.65.
Tiket yang tersilap cetak memenangi hadiah RM193k
Menurut Zhu, ia adalah satu perkara biasa bagi kedai tiket loteri untuk mencetak tiket yang salah kerana kesilapan manusia dan dia menganggarkan kerugian sekitar RM64.70 sebulan untuk kesilapan seperti itu.
Walaupun sebilangan pelanggan akan menerima tiket yang tersalah cetak, kebanyakkan daripada mereka berkeras untuk menerima nombor yang mereka minta pada mulanya, menyebabkan Zhu menanggung kos kerugian.

Tidak mahu membazirkan tiket itu, Zhu memutuskan untuk ‘membeli’ tiket tersebut. Menariknya, pelanggan asal terbabit mengalami nasib baik apabila memenangi sekitar RM2,018 dengan nombor yang dibelinya.
Ingin tahu tentang tiket yang tersalah cetak itu, pelanggan terbabit menelefon Zhu untuk bertanya sama ada nombor tersalah cetak tersebut sepadan dengan nombor hadiah utama loteri pada malam tersebut. Selepas mengesahkan kepada kakitangannya, Zhu gembira untuk mengesahkan kemenangan tersebut.

Menganggap kesilapan tersebut adalah satu nasib baik
Zhu turut menyatakan jika pelanggan itu telah menulis nombornya dan tidak menyampaikan secara lisan, dia tidak akan menemui ‘nasib malang’ ini dan tidak berpeluang memenangi hadiah utama loteri berkenaan.
Mengenai penggunaan wang kemenangannya, Zhu menyatakan dia ingin menggunakan wang itu untuk perbelanjaan perkahwinan anaknya pada masa depan.

