Pengacara, pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad ‘terduduk’ selepas mendapat tahu dia sudah terlepas menonton konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 yang berlangsung pada malam Jumaat.
Nabil yang membeli lima tiket dengan harga RM2,540 untuk dirinya, isteri dan anak-anak memang tak perasan tarikh konsert berlangsung.
Betul, saya tidak perasan tarikh konsert kerana bagai saya, acara itu bukanlah sesuatu yang penting.
Saya beli lima tiket, Rabu lalu bagi memenuhi permintaan anak-anak. Saya memang fikirkan konsert berlangsung dua hari.
Dia bagaimanapun bersyukur dan kesilapan melihat tarikh mungkin tanda Allah SWT tidak mahu dia dan keluarga lalai dengan hiburan.
Kami belum pernah menonton konsert. Sebelum ini, kami pernah menyaksikan pementasan di Disneyland.
Jelas penyampai radio Era ini lagi, dia sebenarnya hanya mahu memenuhi permintaan anak-anak dan melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana konsert itu dikendalikan.