Belia digesa ambil inisiatif dalami adat, budaya di Sabah

18 Jul 2022 • 1:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Golongan belia perlu mengambil inisiatif dalam mendalami adat dan budaya kaum di negeri ini.

Menteri Belia Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, penganjuran pertandingan Gegar Tradisi amat sesuai diadakan terutamanya bagi golongan belia dan remaja bagi mempelajari ilmu tempatan, adat dan budaya.

“Oleh kerana Sabah yang kaya dengan adat budaya dan tradisi, seluruh masyarakat diharap dapat mengambil inisiatif bagi mempelajari dan mendalami ilmu tempatan, adat dan budaya kaum-kaum di Malaysia khususnya di Sabah.

“Melalui platform inilah yang akan memberikan pendedahan kepada warga muda untuk lebih menghargai warisan kebudayaan mereka ini,” katanya semasa merasmikan Program Gegar Tradisi sempena Karnival Sambutan Hari Belia Negara 2022 di Padang Pekan Tuaran, pada Ahad.

Tambah beliau, program tersebut yang sempena dengan Sambutan Hari Belia Negara 2022 bertemakan “Ini Masa Kita” amat bertepatan dalam usaha memelihara khazanah yang berharga dan telah sinonim dengan identiti negeri ini.

Dalam pada itu, Ellron turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah di atas penganjuran pertandingan

Pertandingan Gegar Tradisi tersebut disertai seramai lapan kumpulan tarian dan lima kumpulan muzik etnik kreatif tradisional Sabah.

Turut hadir dalam program tersebut, Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawwaz Abekan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.