
Kota Kinabalu: Belia yang tercicir dalam pendidikan digalakkan mengambil peluang menceburi bidang penternakan ikan hiasan yang mampu menjana pendapatan lumayan.
Menjelaskan perkara itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan), Kong Soon Choi berkata, peluang mempelajari teknik ternakan ikan hiasan disediakan agensi itu di Kg Kaiduan, Papar.
Katanya, Pusat Ikan Hiasan Ko-Nelayan (PIHS) merupakan ladang terbesar di negeri ini yang dilengkapi tenaga pengajar mahir dalam penjagaan dan teknik pembiakan ikan hiasan.
“Ladang ini dimiliki sepenuhnya oleh Ko-Nelayan dengan keluasan 7.6 ekar bagi meningkatkan industri ikan hiasan di Sabah.
SPONSORED CONTENT Experience Jiwa Raya with ZUS Coffee's New Velvet Crème Series Kuala Lumpur: ZUS Coffee, Malaysia's top tech-enabled coffee brand, is celebrating the Raya season with a festive lineup of new and classic flavors. There's no better way to spend time with your loved ones than by enjoying a cold drink or warm cup of these delicious beverages. Read more “Kerajaan memperuntukkan RM10 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan Ke-12 untuk membangunkan ladang itu,” katanya ketika membuat lawatan kerja ke ladang itu baru-baru ini. AROWANA emas yang diternak di pusat itu.
Justeru itu, katanya, golongan belia digesa untuk merebut peluang ini kerana pasaran ikan hiasan bukan sahaja tertumpu di dalam negara tetapi juga di luar negara seperti China, Jepun, Taiwan, Jerman dan Kanada.
Kong yang juga Ketua Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (StarSabah) menjelaskan antara ikan hiasan yang diternak oleh PIHS ialah spesies Arowana Emas Malaysia dan mendapat permintaan tinggi rakyat Malaysia selain China.
“Bayangkan di China sahaja, spesies ini mendapat permintaan sehingga 10,000 ekor setiap bulan. Ini sesuatu yang sangat bagus untuk golongan belia menjadi pengusaha ikan hiasan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan Ko-Nelayan akan bekerjasama dengan Dream Fish Sdn Bhd yang merupakan pengeluar tunggal Arowana bagi menjadikan spesies ini sebagai salah satu sumber pendapatan negeri.
Tambahnya, selain spesies Arowana Emas Malaysia, belia juga boleh mendapatkan panduan menternak ikan kaloi Sabah di Pusat Ikan Hiasan.
“Saya berharap dengan penyertaan golongan belia dan pengusaha ikan hiasan di negeri ini, Sabah mampu menjadi pengeluar ikan hiasan terbesar di negara ini,” katanya.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar Ko-Layanan Sabah Cabrini Chia, Ketua PIHS Ko Nelayan Mohd Shah Hime Awang, Pengurus Dream Fish Sdn Bhd Angus Wong dan beberapa pegawai kanan lain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
