
TAWAU: Golongan belia Islam di daerah ini disaran agar menyertai Belia USIA Tawau demi meneruskan legasi kepimpinan sedia ada, sekali gus memartabatkan lagi dakwah agama dalam kalangan masyarakat.
Pengerusi Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Tawau, Ekbal Khalid berkata, ketika ini mereka hanya mempunyai 150 keahlian dan ramai yang bukan lagi dalam kategori belia seiring pertambahan usia.
Menurutnya, pihaknya kini dalam usaha menambah keahlian untuk meneruskan perjuangan memartabatkan agama Islam menerusi platform Belia Usia dan menyeru ibu bapa agar memberi sokongan kepada anak-anak mereka berumur 40 tahun ke bawah menyertai pertubuhan itu.

