Belia Karamunting digalak ceburi bidang minyak dan gas

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2025 • 4:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Golongan belia Karamunting digalakkan mempertimbangkan menyambung pengajian dalam bidang minyak dan gas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan Datuk George Hiew Vun Zin berkata sektor tersebut memerlukan lebih ramai tenaga kerja tempatan selain mampu memberikan ganjaran lumayan kepada graduan yang berkemahiran tinggi.

“Saya mahu melihat lebih ramai dari kawasan kita memanfaatkan peluang ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bidang ini bukan sahaja mempunyai masa depan cerah malah peluangnya terbuka luas untuk anak-anak muda Sabah,” katanya pada majlis penyampaian insentif kepada 22 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di pejabatnya baru-baru ini.

Sementara itu George yang juga Ketua Bahagian Karamunting Parti Gagasan Rakyat Sabah berkata insentif terbabit adalah pengiktirafan terhadap pencapaian pelajar.

“Insentif pendidikan ini juga merupakan satu dorongan untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan kembali menyumbang kepada pembangunan di Karamunting,” tambah beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan modal insan dalam bidang strategik seperti minyak dan gas akan memberi impak besar kepada ekonomi Sabah sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti untuk generasi muda di negeri ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved