
SANDAKAN: Golongan belia di Karamunting diseru untuk kekal aktif dengan bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata bersukan bukan hanya boleh menyihatkan tubuh badan, tetapi ia juga dapat mengelakkan golongan itu daripada terjebak dalam gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
“Aktiviti bersukan juga boleh memberi motivasi kepada anak-anak muda kita untuk lebih berdaya saing dan bekerja keras bagi mencapai matlamat.
“Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dan memupuk kerjasama erat di antara penduduk berbilang kaum,” katanya ketika merasmikan pertandingan futsal di Kg Air yang melibatkan 16 kumpulan belia, baru-baru ini.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Pertandingan anjuran belia Kampung Karamunting itu diadakan untuk menyambut ambang tahun baharu 2024.
“Sebagai wakil rakyat Karamunting, saya amat prihatin dengan pembangunan modal insan dan hal ehwal belia di kawasan saya.
“Sebab itu, saya membaikpulih padang bola sepak di Kampung Air untuk kegunaan penduduk kampung di sekitarnya.
“Saya berharap Karamunting akan dapat menghasilkan belia yang sihat, berdisiplin dan berwawasan selain menyumbang kepada pembangunan di Karamunting serta, Sabah amnya pada masa akan datang,” tambahnya.
Beliau turut memberi sumbangan baju sukan kepada ahli Kelab Belia Flat MPS.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
