‘Belia perlu sihat, bijak untuk jadi pemimpin berwibawa’

27 May 2024 • 2:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

PUTATAN: Pengerusi Qhazanah Technology Sdn Bhd, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari berkata, bagi melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa, belia perlu memiliki tubuh badan yang sihat, bijak berfikir dan mempunyai komitmen tinggi.

“Mereka juga perlu mempunyai hala tuju yang jelas pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Program Kembara Belia Sihat Kebangsaan Tunjang 2024 anjuran Klinik Kesihatan Putatan di SMK Petagas di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Adun Petagas berkata, golongan remaja khususnya pelajar SMK Petagas adalah aset berharga dan diperlukan sebagai pemimpin pada masa hadapan bagi membangunkan negeri Sabah menjadi wilayah maju setanding dan sejajar dengan negeri lain di Malaysia.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Saya bertegas agar remaja khususnya pelajar sekolah menengah menjaga kesihatan dengan baik, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah keluarga, dan seluruh masyarakat seiring dengan kemajuan dunia digital,” katanya.

Malah, tanggungjawab menjaga kesihatan adalah tanggungjawab bersama semua lapisan masyarakat, katanya.

Tambahnya, sekiranya semua rakyat sihat terutama golongan remaja, maka kita akan hidup lebih selesa dan dapat membangunkan negeri Sabah dengan jayanya.

Beliau turut menasihatkan golongan muda supaya mengelak daripada melakukan perkara yang memudaratkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Awang Ahmad berkata demikian di hadapan kira-kira 200 pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada Tingkatan Empat dan Lima SMK Petagas.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Klinik Kesihatan Putatan bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan sebagai penganjur bersama program yang menyedarkan semua orang tentang kepentingan menjaga kesihatan,” katanya.

Dalam majlis itu, beliau turut merasmikan Klinik Kesihatan Mini di sekolah berkenaan dan akan menyumbangkan katil pesakit untuk kegunaan klinik berkenaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Klinik Perubatan Keluarga Dr Nik Farah Nik Yusof Fuad, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Zanaridah Mat Nawi, Guru Hazizi Suzana Abd. Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Petagas dan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan Ahmad Mahmood bersama sekitar 600 pelajar yang menyertai program tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.