Belia perlu terus main peranan jaga, laksana konservasi alam sekitar

1 Aug 2023 • 4:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Belia perlu terus memainkan peranan penting dalam menjaga atau melaksanakan konservasi alam sekitar.

Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan Dan Pembangunan) Jabatan Perhutanan Sabah, Dr Robert Ong berkata, ini penting agar usaha berkaitan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Belia juga sudah pasti mempunyai banyak idea yang kreatif dan mampu untuk mempromosi serta bertindak sebagai penjaga alam sekitar di lokasi masing-masing,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan EERace 26 : Kursus Pendidikan Alam Sekitar bertemakan “Youths as Guardians of the Environment”, di Rainforest Hall, Pusat Penerokaan Hutan Hujan (RDC), Batu 14, di sini, pada Sabtu lepas.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Hadir sama, Pengurus RDC dan ketua urusetia program itu, Bernadette D Joeman.

Sejak 2006, Jabatan dengan kerjasama ahli Sabah Environmental Education Network (SEEN), serta beberapa agensi swasta telah menganjurkan 25 kursus EERace termasuk tiga percubaan. Seterusnya, pada 2011, selaras dengan pelaksanaan Inisiatif Heart of Borneo (HoB), EERace telah ditambahbaik untuk memberi penekanan kepada isu-isu konservasi di kawasan HoB.

EERace adalah kursus berkonsepkan perlumbaan untuk mendapatkan maklumat mengenai alam sekitar, secara pembelajaran melalui pengalaman. Dr Robert berkata, EERace tahun ini unik kerana buat pertama kali penyertaannya bukan hanya untuk guru-guru, tetapi turut disasarkan kepada belia berumur antara 21 hingga 40 tahun.

Malah peserta termuda kali ini berumur 19 tahun. “Pemilihan belia jelas kerana mereka amat penting dalam menjalankan usaha-usaha konservasi alam sekitar.

“Belia juga golongan yang berpotensi melakukan inovasi dalam menangani masalah serta isu-isu alam sekitar yang masih belum dapat diselesaikan,” jelasnya.

Kursus EERace kali ini disertai oleh 42 belia yang terdiri daripada guru, serta wakil pelbagai agensi kerajaan, NGO dan swasta.

Ini termasuk wakil daripada Jabatan Hutan Sarawak, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Brunei Darussalam; 13 guru dari 13 sekolah di Sabah, guru dari dua sekolah di Pulau Pinang, dua dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus Sandakan, Institut Perguruan Tawau, Kent dan Gaya, Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo Sandakan (BSBCC) Reef Check Malaysia, E-Hijau Millenium Explorer, Sawit Kinabalu, Safoda dan KOPEL.

Juga jabatan kerajaan antaranya Jabatan Hidupan Liar, Taman-Taman Sabah, Politeknik Sandakan, Kolej Komuniti Sandakan dan Kolej Vokasional Sandakan.

16 lokasi utama dalam EERace kali ini adalah Hutan Simpan Tawai, Hutan Simpan Taviu, Tuaty Memorial, Sg Kun Kun, Hutan Simpan Deramakot, Kg Baru Pulau Timbang, Kg Bambangan, Mangrove Discovery Centre, IOI Ladang Sabah, Tropical Rainforest Living Collection, Bukit Piton, pusat pelupusan sampah Batu 8 Sandakan, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, BSBCC, Santuari Gajah Borneo, serta Kg Sukau, Kinabatangan.

Pada majlis itu, Kumpulan M diumumkan sebagai kumpulan terbaik manakala Wan Nor Izzati Wan Mohamad Din dari Kolej Vokasional Sandakan merupakan peserta terbaik.

Kumpulan M terdiri daripada Mohammad Yunus Kasim (SK Pitas Sandakan), Siti Maryam Norhan (SMK Muhibbah), Owais Al Qarni Abdullah Sidek (Jabatan Perhutanan Sarawak), Christal Chong Siau Teng (SK Merpati), Mohd Fikri B Mohd Bakri (E-Hijau Millenium Explorer), Calvin Jenneh Legada (Reef Check Malaysia) dan Ong Soon Yeong (SJKC Pulau Betong).

Pada majlis itu, Dr Robert turut menyeru belia untuk menggunakan sebaik mungkin ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi menerusi EERace, untuk melakukan sesuatu tindakan wajar untuk memperbaiki mutu alam sekitar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.