“Beliau Sendiri Pernah Jadi Duta Jenama Israhell” – Awal Ashaari Terkilan Dengan Wardina, Anggap Guna Agama Cipta Kebencian

Entertainment
14 May 2024 • 3:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengacara dikenali ramai, Awal Ashaari menyelar tindakan Wardina Safiyyah kerana memuat naik nama-nama artis yang perlu diboikot susulan mempromosikan produk pro Israel.

Guna agama memecah belahkan artis dan netizen

Menurut Awal, Wardina seharusnya lebih memahami komitmen seorang selebriti, memandangkan dia juga pernah bergelar artis suatu masa dahulu.

Mencipta kebencian, cuba memecah belahkan kami dan warganet dengan menggunakan paksi agama serta isu Palestin yang ternyata berlarutan sejak dahulu. Apa motif beliau? Beliau pernah menjadi duta kepada jenama-jenama Israhell.

image is not available

Awal meluahkan rasa terkilan itu selepas melihat Wardina lantang bersuara mengenai gerakan #Blockout2024, di mana orang ramai diminta untuk memboikot selebriti yang bekerjasama dengan jenama pro Israel.

Beri peringatan pada Wardina

Dalam pada masa yang sama, pengacara itu turut menyindir Wardina yang sebelum ini pernah meminta orang ramai untuk menyebarkan kebencian terhadap individu yang tidak mempunyai kaitan dalam hidup mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Kata Awal, dia mengulang siar perkara itu kerana bimbang pelakon Spanar Jaya tersebut lupa akan kata-katanya itu.

image is not available 2 days ago

"Omg Bestnya Rasa Block Diorang Nih" - Wardina Safiyyah Sekat Selebriti Ada 'Follower' Berjuta Tapi Tak Tunjuk Solidariti Palestin