Bell Memperlihatkan Ujian Pertukaran Mod Kipas Ke Jet Untuk Pesawat HSVTOL

TechnologyDigital
13 Feb 2024 • 3:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pesawat Bell V-22 Osprey kini digantung operasinya oleh Tentera Marin Amerika berikut dua insiden maut yang berlaku dalam tempoh yang pendek. Osprey boleh melakukan penerbangan menegak seperti helikopter, sebelum pod enjin berputar ke depan untuk penerbangan secara mendatar seperti pesawat biasa. Berikutan 16 insiden kemalangan berprofil tinggi melibatkan Osprey, pesawat terbang menegak VTOL baharu telah dibangunkan.

image is not available

Bell pada ketika ini sedang membangunkan pesawat HSVTOL yang berbeza dengan Osprey. Ia terbang menegak menggunakan kipas turpobrop sebelum melakukan transisi ke penerbangan mendatar dengan pantas sepenuhnya dengan enjin jet.

Dalam mod jet, bilah kipas turboprop disimpan. Inilah makna HS (High Speed) dalam akronim HSVTOL. Projek HSVTOL Bell diumumkan pada tahun 2021 dengan ia akan ditawarkan dalam bentuk pesawat kargo, pengangkut anggota infantri dan juga dron.

Beberapa hari lalu Bell berkongsi video enjin HSVTOL melakukan ujian transisi dari mod kipas ke enjin ke mod jet. Proses transisi mengambil masa sekitar dua minit sahaja. Dengan kipas yang boleh dilipat, rintangan udara dapat dikurangkan membolehkan pesawat HSVTOL melakukan penerbangan pada kelajuan 740 km/j yang lebih laju berbanding 512 km/j yang mampu dicapai V-280 Valor.