Bell MV-75 Cheyenne II Ialah Nama Rasmi Helikopter Kipas Sendeng Terkini Amerika

17 Apr 2026 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tentera Darat Amerika Syarikat secara rasmi menggunakan nama baharu Bell MV-75 Cheyenne II untuk pesawat terbang menegak Bell V-280 Valor yang memenangi kontrak FLRAA pada tahun 2022. MV-75 ialah pesawat yang akan mengambil alih tugas helikopter Sikorsky UH-60 Black Hawk dan Boeing CH-47 Chinook yang digunakan sekarang.

image is not available
Bell V-280 Valor 

Nama suku kaum orang asal Cheyenne dipilih bagi menghormati sumbangan mereka kepada Amerika Syarikat menerusi perkhidmatan cemerlang mereka sebagai pakaian seragam dan legasi mereka sebagai pelindung teguh cara hidup mereka.

image is not available
Bell MV-75 Cheyenne II

Nama Cheyenne II dipilih mengikuti nama yang digunakan Lockheed AH-56 Cheyenne yang dibangunkan pada tahun 1967 untuk program helikopter tempur tentera darat. Ia kalah kepada Bell AH-1G Cobra walaupun mempunyai konfigurasi tri-kipas unik dengan satu kipas utama di atas, satu kipas sisi untuk kawalan sisi dan satu kipas penolak di bahagian ekor.

image is not available
 Lockheed AH-56 Cheyenne

Penggunaan singkatan MV ialah unik kerana ia adalah gabungan “M” untuk multi misi dan “V” pula ialag untuk pesawat yang boleh melakukan penerbangan serta pendaratan secara menegak. Nombor 75 pula dipilih sempena tahun tentera darat Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1775. Pesawat ini mampu melakukan penerbangan menegak seperti Bell Boeing V-22 Osprey yang sudah beroperasi dengan pasukan Marin sejak 2007.

image is not available

MV-75 Cheyenne II pada asalnya dijadualkan mual beroperasi menjelang 2031. Tetapi keperluan ketenteraan semasa di bawah pentadbiran Trump akan mempercepatkan pengenalannya dalam pasukan Tentera Amerika Syarikat seawal 2027. Cheyenne II akan digunakan bagi tujuan mengangkut infantri, kargo, platform melancarkan dron, MEDIVAC dan mempunyai varian digunakan pasukan khas menyamai  MH-60M/L Direct Action Penetrator (DAP) yang digunakan sekarang,

V-22 mempunyai reputasi buruk dengan 16 pesawat telah terhempas melibatkan 62 kematian. MH-75 dilengkapi beberapa penambahbaikan untuk mengelakkan isu ini serta boleh terbang pada kelajuan lebih pantas. Pesawat sayap sendeng seperti MH-75 boleh menggabungkan kemampuan helikopter dengan pesawat biasa yang diperlukan untuk misi ketenteraan Amerika di masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved