Bella Astillah Akhirnya Dedah Mesej Perbualan Bersama Sophia AlBarakbah

Entertainment
1 Feb 2023 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah telah mendedahkan tangkap layar mesej perbualannya bersama Sophia AlBarakbah di Instagram.

Dia berbuat demikian susulan ada pihak yang menuduhnya cuba memfitnah aktres berkenaan dengan menyebarkan berita yang tidak benar.

“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang sidang media?

“Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi sayalah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul. Kenapa saya berani bagi kenyataan sebab ia sahih,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Antara isi kandungan perbualan mereka ialah Sophia memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan susulan dakwaan cubaan menganggu Aliff.

Dalam masa sama, Sophia turut merayu supaya hal ini dirahsiakan daripada pengetahuan ibu bapanya.

Dalam pada itu, Bella berkata, dia tidak bercadang untuk memberikan sebarang kenyataan lanjut namun status yang didakwa ditulis wanita itu mengundang rasa kurang senang kepada dirinya.

“Saya tiada perancangan nak bagi apa-apa kenyataan dah, tapi bila saya tengok Sophia pun bagi kenyataan, konon tak nak terbabit satu Malaysia.

“Tapi inilah sebabnya dia tak nak masuk campur satu Malaysia,” katanya.

Bella berkata, apa yang dikongsikan itu baru sedikit.

“Ini baru 10 peratus,” tulisnya lagi.

Terdahulu menerusi sidang media yang diadakan tengah hari tadi, Aliff mengesahkan wanita yang didakwa cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella Astillah adalah Sophia AlBarakbah.

Pada masa sama, Aliff turut meminta pelakon itu untuk mengeluarkan kenyataan demi menjernihkan konflik yang berlaku.

Kontroversi tercetus selepas Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka. - Getaran, 1 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved