
Hubungan rapat penyanyi, Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq bukanlah satu rahsia lagi.
Mereka kerap berkolaborasi menjadi jurucakap dan duta untuk jenama-jenama tempatan. Keserasian yang dimiliki membuatkan ramai yang mahu pasangan ini berkahwin.
Namun, pasangan ini mahu menjadikan hal peribadi sebagai privasi dan meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.
“Saya gembira, dia lelaki green flag”
Terbaru, Bella mengakui gembira mengenali lelaki sebaik Syed Saddiq. Jawapan jujur itu diberikan Bella ketika disoal mengenai perasaannya oleh abang Syed Saddiq sendiri iaitu Syed Abdullah.
Dia lelaki versi Bella Astillah…. #kitsuibass #bass #kitsui #bellaastillah #syed
Saya gembira. Dia sangat baik, dia lelaki ‘green flag’. Bella rasa bila jumpa YB Syed Saddiq ni, Bella tengok dia macam lelaki versi Bella Astillah.
Respon Bella membuatkan Syed Saddiq termasuk Syed Abdullah tersenyum. Rasanya netizen pun tersenyum sekarang ni kan?
Yang paling korang tunggu-tunggu… #kitsuibass #bass #kitsui #bellaastillah #syedsaddiq
Dalam hantaran lain yang dimuat naik TikTok jenama terkenal, Kitsui, adik Bella iaitu Didie tak dapat menahan sebak menggambarkan kehadiran Syed Saddiq adalah perancangan terbaik Allah SWT.
Sometimes, people don’t need advice. They just want to be heard #kitsuibass #bass #kitsui #bellaastillah #syedsaddiq
Didie sangat berterima kasih kepada figura yang dipanggil ‘abang’ itu. Bila Didie dah sedih, Bella pun ikut sama bergenang air mata.
Di ruangan komen, netizen mendoakan semoga hubungan Bella dan Syed Saddiq berpanjangan bukan setakat kolaborasi produk semata-mata. Amin!
Pssttt! Semoga Bella berjumpa dengan sinar pelanginya tak lama lagi. Bella berhak untuk bahagia selepas apa yang dilaluinya kan. Kita doa yang baik-baik jer.
Kredit: TikTok Kitsui
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


