Bella Astillah awet muda, dipuji seperti budak sekolah meski anak dah 2

26 Mar 2024 • 10:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penampilan penyanyi Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dikatakan awet muda dari usianya.

Ia dapat dilihat menerusi hantaran pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah di platform TikTok bersama sekumpulan pemuda dalam menggayakan baju jersi bagi sebuah universiti tempatan.

Bella Astillah awet muda

Dalam video berdurasi 15 saat, Bella dilihat menari bersama sekumpulan pemuda dengan lagu latar berjudul Too Little Too Late daripada JoJo.

Meskipun Bella Astillah hanya memakai baju jersi berwarna putih dan biru muda, namun ia terserlah awet muda penyanyi berusia 30 tahun itu.

image is not available

image is not available

 

Bella Astillah awet muda, macam budak sekolah

Meninjau di ruangan komen, warganet memuji kecantikan pelatun lagu Diari Ramadan Rafique dan menyifatkan aktres itu seperti remaja masih bersekolah.

Mereka turut berpendapat bentuk fizikal Bella Astillah tidak menggambarkan usianya kini selain berstatus ibu kepada dua cahaya mata.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Wanita kuat, moga dapat jodoh lelaki soleh

Selain memuji Bella Astillah awet muda, warganet turut tidak ketinggalan mendoakan agar penyanyi ini dijodohkan denga lelaki soleh serta berketurunan baik-baik.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Nama Bella menjadi bualan hangat selepas tular laporan suaminya, Aliff Aziz ditangkap atas dakwaan khalwat dengan pelakon Ruhainies.

Susulan itu, selebriti kelahiran Sabah itu nekad untuk memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini pada 13 Mac lalu.

Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreana, 4.

Sumber: TikTok @bellaastillah_94