Bella Astillah bakal jadi menantu? Ibu Syed Saddiq berserah kepada Allah

LocalEntertainment
3 Mar 2025 • 10:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Berserah kepada Allah

Ibu kepada Ahli Parlimen, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berserah kepada Allah sekiranya pelakon Bella Astillah bakal menjadi menantu dalam keluarganya kelak.

Sharifah Mahani berkata demikian bagi menjawab persoalan daripada netizen sama ada aktres yang berusia 31 tahun itu sesuai untuk dijodohkan buat anak lelakinya ketika siaran langsung bersama pengikut di aplikasi TikTok.

Berserah kepada Allah

@mommybossssss

okey mama ybss dan abg ybss da jawab kita serah semua pada Allah doa yang baik baik.Yg paling penting kes ybss dipermudahkan #BASS #bellaastilah #syedbella #mamasyed

♬ original sound - Salsabila09 - Salsabila09

“Allah yang menentukan segala-galanya sayang,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, abang kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu, Syed Abdullah merestui hubungan adiknya dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Kata Syed Abdullah atau nama lengkapnya Syed Abdullah Abd. Rahman, 38, dia akan memberi sokongan penuh selain mengakui pasangan terbabit sangat sepadan apabila bersama.

Berserah kepada Allah

image is not available

“Setuju 100 peratus. Kalau mereka gembira, saya pun gembira.

“Comel gilakan (Syed Saddiq dan Bella),” kata pempengaruh itu memberikan maklum balas terhadap pertanyaan pengikut di laman sosialnya yang kini tular.

Sebelum ini, Bella enggan untuk memberi penjelasan dengan lebih lanjut mengenai status hubungannya dengan ahli politik tersebut kerana bimbang tersalah cakap.

Ibu tunggal kepada dua anak itu berkata pada ketika ini dia hanya mahu memberi fokus terhadap kerjaya selain kepada keluarga.

image is not available

image is not available

Terdahulu, Saddiq mencuri perhatian ramai apabila dia kerap muncul dengan aktres Bella Astillah sehingga tular di platform media sosial termasuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah.

Malah, baru-baru ini Saddiq telah membawa Bella dan Ayden melawat setiap tempat di Parlimen sambil menegur sapa dan bergambar dengan kakitangan serta Ahli Parlimen tanpa mengira daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Sumber: TikTok @salsabila09