Bella Astillah bangga anak lelaki raih markah tertinggi subjek Pendidikan Islam

LocalEntertainment
26 Nov 2024 • 5:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Ayden Adrean yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun 1, baru-baru ini.

Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, memberitahu subjek Pendidikan Islam mendapat markah 94 peratus iaitu markah paling tertinggi berbanding mata pelajaran lain.

Bella Astillah bangga

image is not available

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat reaksi gembira wajah Ayden ketika menunjukkan keputusan peperiksaan tersebut kepada ibunya.

Susulan itu, Bella berharap anaknya itu terus mengukir lebih banyak kejayaan dan menjadi seorang lelaki yang mempunyai akhlak baik.

Bella Astillah bangga

image is not available

“Proud of my sayang, Ayden. The highest is Pendidikan Islam.

“Semoga terus belajar rajin-rajin dan menjadi anak lelaki yang baik akhlaknya, insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Insta-story.

Sekadar info, Ayden Adrean merupakan anak pertama Bella Astillah dengan Aliff Aziz. Mereka juga mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Ara Adreanna, 4.

Walau bagaimanapun, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu buat kali ke-2 pada 13 Jun 2024 selepas terpalit dalam beberapa kontroversi melibatkan rumah tangga mereka.

image is not available

Sumber: Instagram @Bella Astillah

View Original Article