
Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah tampil menjelaskan kenapa dia kerap membuat sesi siaran langsung di media sosial ketika bersama anak-anak.
Menerusi TikTok, Bella menjelaskan tindakan itu dibuat untuk mengelakkan salah faham dan kecaman netizen menerusi siaran langsung.
Sekarang ini walaupun sekejap kena juga buat live sebab nanti orang akan kata saya tak luangkan masa dengan anak-anak.
“Saya rekod tapi tak semua saya post” – Bella Astillah
harap haters or fans yg baru kenal bella hadam …bella selalu je bersama anak2 …tak boleh la every moment bella nk tunjuk .. faham kan ape maksud privacy..it’s ok kami penyokong bella faham je #syedsaddiq #bellaastillah #BASS
Menurut Bella, bukan semua momen bersama anak-anak dikongsikan di media sosial kerana ada perkara yang ingin disimpan secara peribadi.
Masa dengan anak-anak amatlah berharga, saya ada rekod tapi tak semua saya post atau pun buat live.
Jawab isu dengan Syed Saddiq

Bella turut mengulas isu yang sering dikaitkan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang menurutnya hanya kelihatan kerap bersama kerana adanya video yang diambil oleh peminat atau pembantu peribadi.
Kalau saya dengan YB, akan ada peminat dan PA kami ambil video. Jadi orang nampak kami sentiasa bersama, padahal tidak pun.
Tambahnya lagi, artikel-artikel yang disiarkan media juga membuatkan orang ramai menyangka hubungan mereka terlalu rapat setiap hari.
Temu bual dibuat sekali sahaja, tapi dikeluarkan pada hari berbeza. Itu yang nampak macam ada update setiap hari.
Pssttt! Tak semua yang kita nampak di media sosial itu gambaran sebenar. Sebelum menilai, pastikan kita faham cerita dari semua sudut.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

