Bella Astillah didakwa jalin hubungan cinta dengan pelakon baharu?

Entertainment
3 Apr 2024 • 12:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bella Astillah didakwa jalin hubungan cinta

Kontroversi tangkap khawat selebriti Aliff Aziz bersama Ruhainies masih belum reda, kini kecoh pula di media sosial apabila Bella Astillah didakwa jalin hubungan cinta bersama seorang pelakon baharu, Muaz Zabir.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @edisiumat di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa foto mesra dan tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.

Bella Astillah didakwa jalin hubungan cinta

@edisiumat

Sekarang baru faham kenapa. Ni baru tunjuk sikit……. Visit bio #bella #playvictim? #alifaziz #alifazizbella #curang #skandal #fyp #trend

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

“Sekarang baru faham, ini baru tunjuk sikit,” dakwa pemilik akaun tersebut.

Siap panggil sayang

Dalam perbualan itu, Bella dan Muaz dilihat saling membalas mesej dengan menggunakan kata-kata penggilan mesra dengan membahasakan diri mereka ‘sayang’ dan ‘baby’.

Selain mesej berbalas ucapan manis ‘I love you’, pemilik akaun itu turut menyelitkan foto intim pasangan terbabit termasuklah sebuah gambar yang bertarikh pada 13 Ogos 2023.

Bella Astillah didakwa jalin hubungan cinta

image is not available

image is not available

image is not available

Netizen dakwa semua sudah diedit!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak percaya dengan perkongsian pemilik akaun itu dan mendakwa kesemua gambar intim serta tangkap layar perbualan mesra telah diedit oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Malah, ada juga netizen mendakwa gambar mesra Bella dan Muaz adalah foto lama sebelum berkahwin dengan Aliff Aziz.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Netizen tetap sokong Bella!

image is not available image is not available

Terdahulu, suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat ramai apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Difahamkan, dua selebriti tersebut yang sedang sibuk menjalani penggambaran dalam sebuah drama bersama ditahan di kediaman milik aktres wanita berkenaan.

Sumber: TikTok @edisiumat