
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil menafikan dakwaan kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga dengan ahli politik, Syed Saddiq, dalam masa terdekat.
Menurut Bella, kenyataan yang dibuat adiknya, Didi Astillah, hanyalah gurauan spontan untuk membalas komen netizen dan bukannya pengesahan tentang perkahwinan.

Jelas Bella kepada Utusan,
Menjawab fenomena “BASS” yang mengaitkan namanya dengan Syed Saddiq, Bella menjelaskan hubungan rapat mereka hanyalah sebahagian daripada tuntutan kerja. Bagaimanapun, dia tetap berterima kasih kepada pihak penaja, Primavalet, kerana memberi peluang berkolaborasi dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Bella turut menyedari ada peminat yang ternanti-nanti detik dirinya dan Syed Saddiq naik pelamin, lebih-lebih lagi selepas pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman selamat bernikah. Dakwaan itu semakin hangat apabila mereka berdua menjalani sesi fotografi khas di Perancis baru-baru ini, serta momen tular apabila Syed Saddiq secara tidak sengaja memanggil Bella dengan panggilan “sayang” ketika siaran langsung di media sosial.
Sebelum ini, Didi sempat meninggalkan komen bergurau seolah memberi bayangan kakaknya bakal berkahwin dengan Syed Saddiq, sekali gus menguatkan lagi spekulasi dalam kalangan netizen.
Bella Astillah Jadi Penyampai ERA, Syed Saddiq Beri Pesanan Manja - "Tolong Jagakan Dia"
The post Bella Astillah Jawab Pertanyaan Jika Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat – “Terkejut Berita Keluar..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




