Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

Entertainment
2 May 2024 • 11:37 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin ‘mendunia’ apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China.

Menerusi hantaran di Instagram, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah di laman Instagramnya memuat naik video persembahannya.

image is not available

“Alhamdulillah selesai tugas di China ❤️. Sedikit klip untuk semua kesayangan di Malaysia!

“I’m a proud Sabahan and proud Malaysian.

“Terima kasih kesayangan semua yang selalu bagi support dan mendoakan Bella. Alhamdulillah!” kongsi Bella menghargai para peminat.

image is not available

Bella yang menyampaikan beberapa lagu beberapa buah lagu termasuk Sumandak Sabah nyanyian Velvet Aduk dan Marsha Milan menghiburkan penonton dari 80 negara.

image is not available

Warga maya menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah atas pencapaian diraih Bella. Kala rumah tangga diuji dan berantakan, isteri kepada Aliff Aziz itu terus menyinar.

Ujar mereka:

“Go Bella so proud of youuu!” kongsi Shalma Aina.

“Fly high sayang. M so proud of u. Rasa nak nangis anak mak fly high. Tinggalkan yang negatif. U can do this sayangku !” titip Puteri Sarah Liyana.

“Fly high sumandak talawa @bellaastillah ❤️” tulis Marsha Milan.

“Congrats Bella sampai ke China bawa nama Malaysia. Rezeki tidak pernah salah alamat. Fly high Bella!!” ujar Klinik Dr Bazilah.

“Makin orang jatuhkan, beliau bertambah up. go @bellaastillah, we proud of you,” ujar Elvy Shahirah.

image is not available

 

Bella, 29, memfailkan penceraian secara ekspres kepada pada 13 Mac selepas Aliff, 33, dan pelakon, Ruhainies, 31, ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di ibu negara.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayang dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram Bella Astillah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!