Bella Astillah Nafi Kehadiran Keluarga Syed Saddiq ke MLS Dirancang — “Saya Jemput Datang Bila-Bila Masa Saja”

LocalEntertainment
20 Nov 2025 • 1:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil menafikan dakwaan bahawa kehadiran Syed Saddiq serta keluarganya ke program Muzikal Lawak Superstar (MLS) baru-baru ini adalah sesuatu yang dirancang, susulan tularnya video mereka di media sosial.

Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menjelaskan bahawa jemputan diberikan secara terbuka, dan keluarga tersebut hadir hanya kerana kebetulan mereka berkelapangan pada hari berkenaan.

Advertisement

View this post on Instagram

“Tak plan pun bawa mereka. Saya jemput mereka untuk datang bila-bila masa sahaja. Mungkin itu masa yang mereka ada,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di program MeleTOP di Astro Bukit Jalil pada Selasa.

Bella turut meluahkan rasa gembira kerana Syed Saddiq dan keluarga dapat hadir bagi memberi sokongan kepada program tersebut.

Saya sangat gembira mereka dapat hadir serta memberi sokongan pada MLS.

image is not available
image is not available

Dalam masa sama, Bella hadir ke MeleTOP bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul “Akhirnya Kamu”, kolaborasi bersama penyanyi dan komposer Daniesh Suffian.

Video Kehadiran Syed Saddiq Tular

Sebelum ini, tular video memaparkan Syed Saddiq dan keluarganya hadir ke MLS, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan perbincangan dalam kalangan warganet. Bella kini menjelaskan bahawa tiada apa yang dirancang, dan semuanya berlaku secara kebetulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-20 10:13:02

Netizen Dakwa Abby Abadi Tak Restu Hubungan Anak Lelaki Dengan Wanita Singapura, Danish Hakim Beri Respon - "Jaga Urusan Sendiri"

 

The post Bella Astillah Nafi Kehadiran Keluarga Syed Saddiq ke MLS Dirancang — “Saya Jemput Datang Bila-Bila Masa Saja” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.