Bella Astillah tak pernah terfikir jadi ahli politik, konten bersama Syed Saddiq hanya amanah kerja

LocalPolitics
3 Sep 2025 • 11:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Bella Astillah atau nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, menegaskan dia tidak merancang untuk bertukar bidang ke dunia politik meskipun aktif dalam pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan.

Kata Bella, dia selesa dengan kerjaya seni sekarang yang turut membuka banyak peluang untuk menyumbang kepada komuniti.

“Memang saya tidak pernah terfikir untuk jadi ahli politik. Jauh sangat nak ke arah itu.
“Ramai juga yang terlibat dalam program kemasyarakatan cuma mereka tidak kongsikan pembabitan mereka itu dalam media sosial.
“Saya hanya mahu fokus kerjaya saya sekarang, iaitu menyanyi dan berlakon. Jauh sekali mahu jadi ahli politik,” katanya.

image is not available

Bella Astillah tak pernah terfikir jadi ahli politik

Dalam pada itu, dia turut akui tidak semua netizen menerima baik kekerapannya memuat naik kandungan bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq di media sosial.

“Saya faham, ada yang tak selesa. Tapi, saya sekadar menjalankan tugas yang diamanahkan client.
“Membuat kandungan dan muat naik dalam media sosial adalah sebahagian kerja dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya harap netizen faham yang saya hanyalah mencari rezeki,” ujarnya.

image is not available

image is not available

Bella berkata demikian sempena sidang media drama muzikal FYP di Wisma TV, Angkasapuri, petang semalam.