Bella Astillah tarik diri drama lakonan suami & Ruhainies?

Entertainment
12 Mar 2024 • 1:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Bella Astilah seakan-akan memberi bayangan dimana dirinya sudah tidak terlibat dengan sebuah drama lakonan suaminya, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah di laman Instagramnya, dia berkongsi gambar bersama seorang individu yang dikenali sebagai Datuk Seri Jaspal.

Bukan itu sahaja, aktres yang berusia 30 tahun itu turut menunjukkan tangkap layar yang dia sudah tidak lagi berada dalam group WhatsApp produksi drama terbabit.

“Assalamualaikum. Cerita semalam, terima kasih Dato’ Sri Jaspal, terima kasih kerana memahami.

“Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi,” katanya di ruangan kapsyen.

Spekulasi tersebut menjadi lebih kuat apabila Bella menyukai komen salah seorang pengikutnya di laman sosial tersebut.

image is not available

“Aku rasa Daruk Seri Jaspal ni mungkin producer cerita ni..jadi Bella jumpa dan minta tarik diri dari job. Sebab itulah dia kena remove dari group chat.

“Aku sokong apa yang kau buat Bella, daripada kena hadap muka yang menyakitkan hati tu hari-hari, nanti nak bagi 100% performance dekat kerja pun susah. insya-Allah ada rezeki lain untuk Bella,” ujar pengikut tersebut.

Netizen sokong keputusan Bella

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen menyokong tindakan Bella yang membuat keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam penggambaran drama terbabit.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga terus kuat tempuh dugaan

Malah, ramai yang memberikan kata-kata semagat serta mendoakan agar Bella terus kuat menghadapi dugaan rumah tangga dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan kelak.

image is not availableimage is not available

Difahamkan, Bella juga antara pelakon yang membintangi drama tersebut bersama Aliff Aziz dan Ruhainies.

Sumber: Instagram @Bella Astillah