Bella Astillah Terharu, Sebak Dapat Main Alat Muzik Bersama Tun Hasmah – “Kami Berkongsi Cerita & Bergelak Ketawa..”

LocalEntertainment
16 Jul 2025 • 10:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astillah meluahkan rasa terharu dan syukur selepas diberi kesempatan untuk membuat persembahan bersama isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Hasmah Mohd Ali.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah telah berkongsi momen-momen pertemuan yang penuh bermakna itu.

image is not available

Menurut Bella, ibunya menerima panggilan jemputan bulan lalu, namun pada awalnya dia sukar mempercayai berita itu dan tidak menyangka akan menerima jemputan daripada tokoh negarawan berkenaan.

Saya tak percaya pada mulanya sampailah saya nampak sendiri mesej tersebut sebab tak pernah terfikir, walau dalam sejuta tahun sekali pun perkara ini akan berlaku. Alhamdulillah.

 

Hari ini saya berpeluang untuk berjumpa dan bermain muzik bersebelahan dengan Tun Hasmah, berkongsi cerita dan bergelak ketawa.

image is not available

Berkongsi lanjut, pelakon itu mengakui tidak dapat menahan air mata kerana berasa sangat terharu melihat keperibadian Tun Dr Mahathir dan Tun Hasmah.

Tun M dan Tun Hasmah dengan baik hati menjemput saya untuk makan tengah hari bersama mereka walaupun saya sudah lambat untuk ke kelas (sejujurnya saya langsung tak kisah).

 

Saya menangis sekejap, mereka berdua sangat baik dan telus. Semoga Allah SWT akan terus kurniakan kesihatan yang baik untuk mereka berdua.

image is not available

Hantaran tersebut mendapat reaksi yang positif daripada orang ramai dan mereka menyifatkan pelakon itu sebagai seorang yang beruntung kerana berpeluang untuk meluangkan masa bersama dua figura yang amat disegani ramai.

image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2025-07-13 12:05:11

Bella Astillah Pakai 'Dress Off-Shoulder' Jumpa Tun Mahathir Raih Perhatian - "Cuba Pakaian Tu 'Mahal' Sikit', Tak Sopan Langsung!"