Bella Dally mohon maaf, luah syukur bakal tunai haji bersama suami tahun ini

LocalEntertainment
13 May 2025 • 6:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Bella Dally mohon maaf dan berkongsi berita gembira apabila bakal berangkat ke Tanah Suci bersama suaminya bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram Story selepas mengadakan majlis doa selamat sebagai persediaan sebelum keberangkatan mereka.

Menurut Bella, dia bersyukur atas peluang tersebut dan terharu dengan doa serta sokongan yang diterima daripada keluarga dan kenalan terdekat.

“Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat kami sebelum berangkat menunaikan haji.

“Kami sangat tersentuh dengan doa yang baik dan pemberian ikhlas daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa syukur dan kebahagiaan,” katanya.

image is not available

image is not available

Dalam perkongsian sama, Bella turut menzahirkan penghargaan kepada individu yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan.

“Ucapan terima kasih yang istimewa juga kepada mereka yang membantu menganjur dan menyediakan majlis ini.
“Masa dan usaha anda amat bermakna buat kami,” katanya lagi.

image is not available

Sementara itu, pelakon berusia 33 tahun itu turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak atas sebarang kesilapan yang mungkin pernah dilakukan.

“Ketika kami bersiap untuk berangkat tidak lama lagi, kami dengan rendah hati memohon kemaafan atas sebarang kesilapan atau kesalahan yang mungkin pernah dilakukan oleh saya atau suami, sama ada secara sedar atau tidak sedar.

“Mohon doakan kami,” tambahnya.

Sekadar info, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkahwin dengan suaminya, Arif Izuddin pada tahun 2019.

Sumber: IG Bella Dally