Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meluahkan rasa teruja untuk memulakan persiapan majlis perkahwinan anaknya bersama tunang, Bella Astillah.
Menurut Sharifah Mahani, dia dan seluruh ahli keluarga sebelum ini memilih untuk menangguhkan segala persiapan kerana mahu menunggu keputusan rayuan akhir membabitkan Syed Saddiq terlebih dahulu.
AdvertisementView this post on Instagram
“Kami memang belum membuat sebarang persiapan kerana menunggu keputusan hari ini. Hari inilah penentunya. Sekarang barulah boleh fikir nak ikat bunga telur, cari telur dan membuat persiapan lain.”
“Sebelum ini memang tiada mood langsung kerana selagi perkara ini belum selesai, kami tidak mampu memikirkan soal majlis.”
Sharifah Mahani berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding rayuan akhir Syed Saddiq di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada Isnin.
“Mama Dan Buya Dah Bagi ‘Lampu Hijau’ Untuk Kahwin – Syed Saddiq
“Saya selalu tertanya-tanya, adakah dia akan bertemu pasangan yang sanggup berkorban dan melalui semua ini bersama-sama? Alhamdulillah, Bella sanggup.”
“Insya-Allah mudah-mudahan dengan keizinan Allah, mereka dapat bersama kerana saya nampak Bella berjuang bersama-sama Syed Saddiq mencari rezeki kerana beliau tak ada peruntukan, tak ada apa-apa.”
“Dia juga berjaya memberi kegembiraan kepada anak saya. Orang yang boleh memberi kegembiraan untuk anak saya, dialah yang layak jadi menantu saya,”
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.
Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella Astillah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Mama Dan Buya Dah Bagi 'Lampu Hijau' Untuk Kahwin - Syed Saddiq
The post “Bella Layak Jadi Menantu Saya” – Ibu Syed Saddiq Dah ‘Ready’ Nak Ikat Bunga Telur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






