Bella Park puji Andika Putera, ubah persepsi – “Adab tu memang A, tak sombong..”

LocalEntertainment
28 Nov 2024 • 6:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Personaliti media sosial yang juga usahawan, Bella Park puji Andika Putera sebagai seorang individu yang sangat beradab dan menghormati orang lain.

Menerusi hantaran di Instagram Story Bella memberitahu persepsi dirinya terhadap pengasas kumpulan Old Money Malaysia itu terus berubah selepas pertama kali bertemu.

image is not available

Bella Park puji Andika Putera

Menurutnya, sifat yang diperkatakan orang ramai terhadap pemilik nama Muhammad Andika Putera Salleh sangat berbeza.

“Berubah persepsi Bella dekat Andika ni bila jumpa depan-depan. Dia orang yang sangat beradab lepas tu ramah dan tak sombong. Semua orang da tegur tak kira staf pun.
“Kami pergi pejabat dia sebab guna pejabat dia untuk live baru ni. Dia baik, tu yang tak sangka sebab tengok dekat media sosial je,”katanya di Instagram Story.

image is not available

Tambah Bella lagi, staf yang lain juga turut memuji sikap dan kebaikan yang dimiliki Andika Putera.

Malah, Andika juga tidak seperti individu yang dilhat hanya ‘berlakon’ di depan kamera tetapi realitinya tidak.

“Bab yang benda lain tu tak sokong lah, tapi adab tu memang A. Semua staff dan orang yang ada masa tu puji dia.
“Tak macam sesetengah orang kan, berlagak acah terpaling tapi depan kamera lain,”katanya lagi.

image is not available

Sebelum ini, nama Andika kembali menjadi bualan ramai selepas menubuhkan komuniti ‘Old Money.

Bagaimanapun, ramai tidak menyokong kewujudan komuniti tersebut di Malaysia kerana ia tidak memaparkan konsep ‘Old Money’ yang sebenar.

Sumber: IG Bella Park

View Original Article