‘Bella punya bakat luar biasa’

EntertainmentMusic
4 May 2025 • 5:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

KOMPOSER terkenal Indonesia Ade Govinda meluahkan rasa kagum terhadap tahap profesionalisme ditunjukkan penyanyi kelahiran Sabah Bella Astillah sepanjang merakamkan single terbaharunya berjudul Lebih Indah Berpisah.

Ade selaku pencipta lagu dan penerbit muzik video lagu berkenaan menyifatkan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, seorang penyanyi wanita muda Malaysia yang mempunyai bakat luar biasa.

“Bella sangat profesional bukan sahaja dalam nyanyian malah dalam lakonan video muzik juga menunjukkan kesungguhan luar biasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Tidak ramai wanita yang mampu menunjukkan ketabahan dan komitmen sepertinya. Bella memang hebat,” Katanya.

Bercerita tentang karya baharu sentuhannya buat Bella, Ade menyatakan lagu Lebih Indah Berpisah bukan sekadar sebuah melodi tetapi luahan jiwa tentang keberanian melepaskan dan memilih jalan baharu demi kebahagiaan diri.

Menurut Ade lagu terbabit mengisahkan tentang seseorang yang berani mengambil keputusan untuk berpisah apabila cintanya tidak lagi dihargai.

“Lagu ini membawa mesej bahawa berpisah bukanlah sebuah kegagalan namun sebaliknya satu langkah berani menuju kehidupan yang lebih indah berbanding terus berjuang seorang diri dalam hubungan yang tidak dihargai.

“Jika cinta anda tidak dihargai semoga lagu ini memberi keberanian untuk mengambil keputusan yang tepat. Kehidupan selepas berpisah boleh menjadi jauh lebih indah daripada apa yang kita bayangkan.

“Bella memperlihatkan kesabaran, keikhlasan dan ketulusan yang luar biasa tetapi setiap orang pasti ada batasnya. Lagu ini adalah penghormatan kepada kekuatan hati itu,” katanya.

Sementara itu Bella menyifatkan Lebih Indah Berpisah merupakan karya yang sangat istimewa buat dirinya.

Bella berkata bermula daripada cadangan tajuk yang asalnya sedikit berbeza akhirnya dirinya dan Ade Govinda sepakat untuk memilih perkataan indah sebagai teras utama judul sekali gus mencerminkan sisi positif daripada sebuah perpisahan.

“Lagu ini ditulis dengan penuh jiwa dan semangat oleh Ade. Menggambarkan keberanian untuk berpisah dengan penuh keikhlasan.

“Bekerjasama dengan Ade dan pasukannya sebagai satu kenangan yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan.

“Mereka sangat menghormati masa, bakat dan orang lain tanpa memandang siapa kita. Layanan mereka kepada semua orang penuh hormat dan profesionalisme.

“Sewaktu proses rakaman suasana di studio sangat positif dan penuh sokongan. Ini menjadikan pengalaman rakaman bebas tekanan. Malahan saya rasa lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu Bella berharap lagu terbaharunya itu mampu memberikan kekuatan kepada sesiapa sahaja yang sedang berhadapan dengan kesedihan dalam kehidupan percintaan.

“Saya berharap lagu ini diterima dengan baik dan menjadi teman kepada sesiapa yang sedang melalui fasa sukar dalam hidup mereka. Saya juga berharap lagu ini bukan sahaja diterima baik di Malaysia, malah juga di Indonesia.

“Paling utama juga adalah agar lagu ini dekat di hati pendengar,” katanya.

Mengulas lanjut tentang perkembangannya Bella menjelaskan projek single terkininya itu dianggap sebagai platform mencabar diri sendiri, memperbaiki mutu nyanyian dan berkembang sebagai seorang artis.

“Saya buat lagu ini bukan untuk bersaing dengan sesiapa tetapi untuk diri saya sendiri dan mahumenjadi lebih baik,” jelas Bella.

Lagu Lebih Indah Berpisah kini boleh didengarkan di semua platform digital dan video muzik rasmi turut dilancarkan di YouTube.