Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur, lega dan bahagia selepas keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan memihak kepada tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menurut Bella, dia sentiasa percaya bahawa Syed Saddiq tidak bersalah selain menyifatkan tunangnya sebagai seorang insan yang sangat baik.
View this post on Instagram
“Mestilah Bella sangat-sangat bahagia, dan paling penting adalah rasa lega, tenang dan bahagia sebab Bella tahu Saddiq seorang yang sangat-sangat baik. Bella tahu Saddiq tak bersalah. Terima kasih,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Bella berkata antara perkara yang membuatkan dirinya terpikat dengan Syed Saddiq ialah keperibadian serta cara tunangnya melayani ibu bapa dan ahli keluarga.
“Sebab Bella nampak macam mana peribadi dia. Yang paling utama Bella nampak macam mana layanan dia terhadap orang tua dan keluarga, itu paling penting.”
“Dan Bella tengok dia seorang yang sangat jujur, baik dan amanah sepanjang perkenalan saya dengan dia. Selebihnya Insya-Allah nanti kita akan lebih lagi kongsikan bila dah sampai masa. Terima kasih,” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Mama Dan Buya Dah Bagi 'Lampu Hijau' Untuk Kahwin - Syed Saddiq
The post “Bella Sangat-Sangat Bahagia, Lega Dan Tenang” – Bella Astillah Usai Pembebasan Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






