Bellingham selamatkan maruah Real Madrid

Football
21 Sep 2023 • 12:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bellingham. Foto EPA

PEMAIN sensasi, Jude Bellingham memacu kemenangan Real Madrid menerusi gol lewat permainan ketika mengalahkan pendatang baharu Liga Juara-Juara, Union Berlin awal pagi Khamis.

Kemenangan itu bukan diraih dengan mudah apabila skuad kendalian Carlo Ancelotti diasak daripada segenap sudut oleh wakil Jerman tersebut.

Dalam aksi di laman sendiri itu, Bellingham meledak jaringan pada minit ke-94 bagi membantu kelab Sepanyol tersebut daripada diaibkan kelab Bundesliga berkenaan.

Ancelotti mengakui Bellingham memiliki karakter istimewa bagi membantu pasukan dan ia terbukti pada perlawanan tersebut.

“Menjaringkan gol pada minit-minit akhir adalah semangat juang jersi ini, tidak kenal erti putus asa.

“Dia (Bellingham) juga ada tuah. Gol itu bola muntah dan dia ada di sana. Dia datang dari tengah dan lebih bersedia berbanding pemain lain,” ujar Ancelotti.

Pemain antarabangsa England itu memulakan kariernya di Madrid dengan keupayaan jaringan menakjubkan enam gol dalam enam perlawanan bagi semua pertandingan.

“(Bellingham) mempunyai kualiti hebat dan menggunakan kelebihan itu,” kata Ancelotti.

Madrid ketika ini berada di tangga kedua Kumpulan C di belakang Napoli dengan berkongsi tiga mata namun, dipisahkan atas perbezaan gol.

Napoli turut menang tipis ke atas Braga dengan keputusan 2-1.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved