Belon dari Korea Utara yang mengandungi sampah dan najis dilaporkan mendarat berhampiran dengan pejabat Presiden Korea Selatan.
Menurut Perkhidmaatn Keselamatan Presiden, sampah yang dibawa belon tersebut telah dikesan mencemari kawasan sekitar kompleks kerajaan di kawasan Yongsan.
Pemeriksaan mendapati, kandungan dalam belon tersebut tidak mengandung sebarang bahan pencemar yang berbahaya.
Sejak Mei lalu, Korea Utara secara berkala menghantar ratusan belon udara yang mengandungi pelbagai jenis sampah melintasi sempadan Korea Selatan.
Korea Utara berbuat demikian sebagai balasan kepada kempen propaganda yang sedang berlangsung dan didalangi oleh pembelot dan aktivis Korea Utara di selatan, yang secara berkala menghantar belon berisi risalah anti Pyongyang.
Selain itu, belon tersebut turut mengandungi makanan, ubat-ubatan, wang dan pemacu USB yang dimuat naik dengan video K-Pop dan drama.
Sumber: Asia One
The post Belon sampah dari Korea Utara mendarat berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan appeared first on The Reporter.


