Belukar seluas 0.4 hektar berhampiran bangunan JPJ Kuala Kubu Bharu, terbakar

16 Feb 2024 • 6:59 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kebakaran belukar seluas kira-kira 0.4 hektar dilaporkan sedang berlaku di berhampiran bangunan JPJ Kuala Kubu Bharu.

Kerja-kerja memadamkan kebakaran sedang dijalankan oleh Bomba.

Kebakaran tersebut dipercayai punca dari pembakaran tayar terpakai.

Bagaimanapun, tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya menghalang api marak daripada merebak dan membahayakan keadaan sekeliling.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar ketika dihubungi Buletin TV3 berkata berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.10 petang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat jam 7.15 petang, kerja pemadaman masih giat dijalankan. - 16 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved