Belum ada keputusan tentang rombakan kabinet: PM

Politics
3 Oct 2023 • 8:25 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau belum mempunyai keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

Anwar turut menjelaskan tujuan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini adalah bagi mesyuarat Pra-Kabinet seperti kebiasaan. 

“Belum (ada keputusan). Tadi saya menghadap Tuanku untuk bincang mesyuarat Kabinet esok.

“Tiada kaitan lagi dengan perubahan Jemaah Menteri. Esok lepas (mesyuarat) Kabinet saya ke Sabah dan (kemudian) ke Abu Dhabi,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penutup Khazanah Megatrends Forum 2023 di sini hari ini.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan rombakan Kabinet selepas mesyuarat Jemaah Menteri, esok.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved