Belum Berakhir, Himpunan RXZ Members Diteruskan Di Terengganu

23 Feb 2024 • 12:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Program himpunan motosikal RXZ Members 6.0 akan diteruskan di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus pada 14 September depan.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut diumum oleh Pengarah program, Mohamad Faizal Mat Ali menerusi platform media sosial RXZ Members – Official pada malam Khamis.

Himpunan RXZ Members

image is not available

Gambar hiasan

Lebih menarik perhatian apabila Mohamad Faizal menawarkan hadiah utama sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah Toyota Vellfire 2.5L, dua buah motosikal Yamaha RXZ dan pelbagai lagi hadiah lumayan menanti peserta.

September lalu, Himpunan RXZ Member 5.0 berdepan kontroversi selepas terdapat sebahagian peserta ditahan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang dan peraturan jalan raya.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diadakan berikutan aduan orang awam terhadap penunggang motosikal yang menunggang secara merbahaya.

image is not available

Gambar hiasan

Mazli menjelaskan, ia demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dan tiada kaitan dengan desakan pihak atasan dan politik dalam isu berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved