'Belum fikir lagi nak tanding Naib Presiden' - Wan Rosdy

Politics
13 Jan 2023 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wan Rosdy - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail masih belum menyatakan pendirian untuk bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan UMNO akan datang.

Ketika ditanya sama ada akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden, beliau berkata belum memikirkan mengenai perkara itu.

“Setakat ini belum fikir lagi,” katanya kepada pemberita selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.

Sebelum ini, nama Wan Rosdy dikaitkan dengan sebuah poster yang disebarkan sempena PAU 2022.

Poster tersebut menamakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai calon Presiden UMNO diikuti Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Timbalannya.

Sementara itu, Wan Rosdy yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang pula diletakkan sebagai calon Naib Presiden UMNO bersama-sama dengan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved