Belum Habis ‘First Half’ Dah Barai, Ini Respon TMJ Mengenai Rumput Padang Stadium Bukit Jalil

14 Oct 2023 • 12:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di aplikasi X, seorang netizen mengadu rumput yang baru ditanam di padang Stadium Bukit Jalil dilihat tercabut ketika aksi Pestabola Merdeka Malaysia menentang India, malam tadi.

Meluahkan kekecewaan, netizen memohon Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyiasat punca sebenar adakah disebabkan rumput tak matang atau kena ‘scam’ dengan kontraktor.

image is not available

Memberi respon kepada isu tersebut, TMJ menjawab padang itu perlu sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum digunakan supaya akarnya kuat.

Tetapi pasukan bola sepak Malaysia mahu menggunakan padang itu secepat mungkin menyebabkan ianya rosak.

image is not available

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tak lepas tangan apabila mengaku hal yang sama. Kata PSM, ada beberapa kawasan di padang tak mendapat cahaya secukupnya. Ditambah keadaan hujan sepanjang minggu lepas menyebabkan pertumbuhan terjejas.

image is not available
Kredit foto: Utusan/Fariz Rusadio

Jelasnya, penyediaam rumput padang tu memerlukan sekurang-kurangnya 12 bulan tapi mereka hanya ada masa 8 bulan sahaja sebelum saingan Pesta Bola Merdeka.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.