Belum Lagi Dijual, Aksesori Untuk Mudah Tekan Butang Kuasa Mac Mini M4 Kini Dikeluarkan

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 12:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mac Mini baharu dengan cip M4 adalah sebuah komputer berkuasa yang tidak masuk akal kerana semuanya dimuatkan dalam satu pakej yang sangat kompak. Rekaan yang sangat kecil ini membuatkan Apple terpaksa meletakkan butang kuasa Mac Mini pada bahagian bawah dan ini menyebabkan orang ramai mula mengecam Apple. Disebabkan itu, kini aksesori untuk mudah tekan butang kuasa ini telah dikeluarkan.

image is not available

Ia diberi nama sebagai iFixTheButton dan adalah aksesori plastik yang dihasilkan melalui cetakan 3D. Ia direka seakan jongkang-jongket dengan satu bahagian hujung dengan permukaan bulat kecil untuk diselitkan di bawah Mac Mini, kemudian di hujung lagi satu adalah permukaan bulat yang sedikit lebih besar untuk mudah tekan butang kuasa tanpa perlu mengangkat Mac Mini.

image is not available

Rekaan aksesori butang kuasa ini diberikan secara percuma melalui laman Github. Disebabkan pencipta aksesori ini memberi akses terbuka, percayalah nanti akan ada pengeluar aksesori dari China menghasilkan produk sama dengan pengeluaran secara pukal. Di Malaysia, Mac Mini dijual pada harga bermula RM2,499.